Thursday, April 30, 2009

Nukilan Hati


Assalamualaikum kepada semua teman-teman dan sahabat se aqidah dengan saya.Alhamdulillah diatas rahmat dan izin Allah dapat saya nukilkan sedikit coretan untuk bermuhasabah pada diri yang kerdil dan hina disisiNya.Tidak lupa juga pada junjungan besar Nabi Muhammad kerana tanpanya Islam tidak akan dapat dikembangkan ke serata bumi Allah.

Pada 1 Mei genaplah sudah umur aku 20 tahun melalui kehidupan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.Maka secara tak langsungnya apa yang difikirkan mestilah tentang apa yang telah aku lakukan selama 20 tahun yang lepas. Adakah tanggungjawab aku pada agama Allah, keluarga dan ummat Islam telah dilaksanakan?Adakah apa yang telah aku lalui sebelum ini baik untuk aku di masa akan datang?Macam-macam yang difikirkan di kepala otak ni.Kata orang makin tua makin banyak tanggungjawab perlu dilaksanakan.Mungkin betul dengan teori ni.

Aku merasakan semakin lama semakin banyak diri aku disibukkan dengan kerja2 keduniaan ni.Tapi aku mohon pada Allah agar apa yang aku buat selama ini akan dihitung dan dikira sebagai amalan yang membolehkan aku termasuk ke dalam golongan ahli syurga kelak.Ameen.

Ya Allah ya tuhanku..ku mohon padamu agar tetapkanlah hatiku ini dalam jalan dakwahmu selama-lamanya.Ampunkan dosaku dan dosa kaum keluargaku,sahabatku guru2ku dan umatku..Jauhkanla aku dari perbuatan yang sia-sia dan menyebabkan aku jauh darimu Ya Allah..Ameen..

Itulah saja nukilan dari hati yang kerdil untuk direnung oleh diri sendiri.Jika ada kesilapan kepada sesiapa harap dimaafkan dan dihalalkan segala hutang dan makan minum..

Sekian...

Sekadar luahan isi hati sempena ulangtahun 20..

No comments: