Monday, September 29, 2008

KISAH SEBUAH CAWAN


Assalamualaikum dan salam lebaran pada sahabat-sahabat pembaca blog.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian tentang kisah sebuah Cawan.Pada sesiapa yang telah terdengar atau terbaca tentang kisah ini diharap dapatlah diingatkan kembali tentang kisah ini..

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.


Antara pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah ini adalah:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-
bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Kita akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Mari kita sama-sama renungkan dan fikirkan tentang diri kita yang sentiasa Allah datangkan dugaan dan cabaran.Adakah kita terima dugaan tersebut dengan hati yang rela atau pun dengan perasaan yang kecewa dan putus harap pada Allah??Sama-sama kita muhabah kembali diri kita yang hina dan kerdil disisi Allah S.W.T..
Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Pemberi Rahmat pada Hambanya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, September 24, 2008

MAKHLUK YANG TERINDAH DICIPTAKAN TUHAN


Dan sesiapa yang melihat dia akan mengakui, dialah makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Dialah makhluk itu, makhluk yang bernama wanita. Makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Lantaran keindahan yang teramat itu, maka perlu akan penjagaan, agar keindahan itu terpelihara menghiasi, mengharumi dan mewangi sepanjang zaman. Damai, tenteram, tenteram dan damai- sepanjang zaman. Atas ihsan Tuhan yang mengenali tiap makhluknya, maka Tuhan memperkenalkan peraturan tertentu agar makhluk terindah itu terpelihara, mendamaikan dan menenteramkan seisi alam. Kerana Tuhan itu yang mencipta, maka Tuhan sudah tentu mengetahui peraturan yang mampu menjaga makhluk terindah itu daripada kerosakan dan kehancuran.


TUHAN... AKU INI SEORANG PEMBERONTAK! SEORANG PEMBERONTAK!


Dan dia menjadi gila. Dia rela mencemarkan keindahan dirinya dengan melanggar aturan Tuhan. Bermula saat dia melanggar aturan Tuhan, dia bukan lagi dia yang mendamaikan, sebaliknya dia sudah menjadi dia yang menghairahkan. Dia bukan lagi dia yang menenteramkan, sebaliknya dia sudah penjadi pengacau yang jahat dalam minda sesiapa sahaja yang memandangnya. Dia sudah menjadi dia yang gila saat dia melanggar aturan Tuhan sedang aturan itu perlu untuk dia kekal damai dan tenteram. Saat dia mempamerkan rambutnya, saat dia menyelak kerudung yang melitupi dadanya, saat dia menyentengkan lengannya. Dia sudah menjadi hina. Sedangkan sebelum ini, dialah makhluk terindah yang mendamaikan dan menenteramkan.


TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK! SEORANG PENAGIH CINTA! CINTA!


Dan saat hormon berahi menguasai tiap penjuru jiwanya, dia terkulai tidak bermaya. Dia perlukan cinta. Dia rela menjadi pelacur asalkan bayarannya adalah cinta. Lantas dibiarkan tiap inci tubuhnya dijarahi, direlakan suaranya memujuk dan merayu, dihias tubuhnya secantik termampu, diukirnya senyum termanis, dibiarkan tubuhnya dirangkul, asalkan bayarannya nanti adalah cinta. Dia sudah menjadi pelacur demi cinta. Andailah dia mampu bersabar, dia akan kekal mulia sebagai makhluk terindah yang menenteramkan dan mendamaikan. Dia sudah tidak mampu berfikir, dia ketagihkan cinta. Dia melacur demi cinta. Dia sudah menjadi pelacur sedangkan sebelum ini dia adalah makhluk terindah yang mulus, suci, tenteram dan mendamaikan.


TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK.... TUHAN....AKU INI PEMBERONTAK....


Dan malam yang dingin itu, butir-butir mutiara berguguran jatuh ke ribanya. Sedu dan sedan. Pilu. Sedih dan rintih. Damai dan tenteram. Pulang ke pangkal jalan. Kembali.“Tuhanku, aku ini pemberontak, pelanggar hukumMu yang setia. Aku ingin kembali. Ingin pulang. Ingin membersihkan diri dari noda-noda hitam.” Air mata berguguran.“Tuhan aku ini pendosa, bernilaikah taubatku di sisiMu, Tuhan?” Air mata berderaian.Taubat setulus itu, masakan Tuhan tidak menerima.



Dan malam yang dingin itu, diresapi dengan damai fimanNya, mereka yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, sesungguhnya TuhanMu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-A’raf, 153)


Dan dia, lena dalam kerudung putihnya. Damai. Tenteram.
Khas buat tatapan insan yang dijadikan ALLAH dari rusuk lelaki...Fikirkan dan renungkanlah..
SUMBER:ILUVISLAM.COM

Thursday, September 18, 2008

APA MAHASISWA HARUS LAKUKAN??


Pada tanggal 17 September 2008 Pak Lah telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangkis gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim.Apakah dua perkara penting yang telah dilakukan oleh Pak Lah untuk mematikan atau ‘check-mate’ gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 16 September yang lepas.??


Pertama: Pengambilalihan portfolio kementerian pertahanan oleh Pak Lah sendiri. Jadi, sekarang, selain menjawat jawatan Perdana Menteri, Pak Lah juga ialah Menteri Pertahanan. Maknanya bidang kuasanya mencakup keseluruhan unit ketenteraan Malaysia . Para Jeneral utama di dalam Angkatan Tentera Malaysia sekarang adalah di bawah kuasa dan arahan Pak Lah.Posisi sebagai Menteri Pertahanan adalah suatu posisi yang sangat strategis khususnya di dalam suasana yang genting dan tidak menentu sekarang ini di mana UMNO sudah semakin hamper untuk ditumbangkan oleh gerakan peralihan kuasa yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim.


Kedua: Kenyataan Pak Lah bahawa Anwar Ibrahim adalah ancaman kepada kestabilan dan keamanan negara. Pak Lah juga turut menjelaskan bagaimana ekonomi negara yang sekarang ini diporak-perandakan oleh Anwar sehingga ramai pengurus dana luar tidak mahu melabur di Malaysia akibat dari suasana politik yang tidak menentu yang dicetuskan oleh Anwar.Begitu juga dengan tuduhan bahawa Anwar telah melakukan pembohongan terhadap rakyat Malaysia berhubung dengan janji peralihan kuasa pada 16 September yang lepas. Tindak-tanduk Anwar ini, menurut Pak Lah telah menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat jelata, mengganggu kestabilan ekonomi negara dan seterusnya mengancam keamanan dan keharmonian negara.


Apa yang Pak Lah lakukan ialah menyediakan suatu alasan awal untuk mendapatkan persetujuan rakyat serta memberi justifikasi bagi tindakan susulan yang bakal dilakukannya.


Pada pendapat saya,ada tiga tindakan yang mungkin Pak Lah akan lakukan untuk terus mempertahankan kuasa UMNO dan seterusnya menamatkan gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim.


Satu, tangkapan ISA ke atas Anwar Ibrahim dan pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Alasan untuk menagkap Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain telah pun disediakan oleh Pak Lah terlebih awal dalam kenyataannya bahawa Anwar mengancam keselamatan negara.


Dua, dengan portfolio barunya sebagai Menteri Pertahanan, Pak Lah mempunyai kuasa penuh untuk mengarahkan campurtangan tentera di dalam menyelesaikan konflik kekuasaan yang berlaku sekarang ini dengan mengistiharkan darurat. Apabila darurat diistiharkan, secara automatic parlimen digantung, pemerintahan sivilian digantu dengan pemerintahan ala Mageran (Majlis Gerakan Negara tahun 1969) dan yang terpenting sekali, gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar dipatahkan.


Tiga, tangkapan ISA secara borong dan peristiharan darurat dilakukan secara sekali gus.


Jadi, persoalan terpenting yang perlu kita bincangkan ialah apakah persediaan kita sebagai mahasiswa dan apa pula tindakan kita jika sekiranya perkara-perkara ini dilakukan oleh Pak Lah?


Inilah yang tidak dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh sehingga ke akar umbi. Tidak ada langsung sebarang usaha yang dibuat baik oleh parti politik pembangkang mahupun persatuan-persatuan masyarakat sivil dan mahasiswa untuk menyediakan rakyat akar umbi bangkit melawan jika sekiranya perkara-perkara tersebut dilakukan oleh Pak Lah. Setakat ini, kita semua menaruh harapan bahawa kuasa akan beralih tangan secara tenang, senang dan mudah daripada BN kepada Pakatan Rakyat.


Tetapi bukti-bukti impirikal telah pun menunjukkan bahawa BN, khususnya UMNO tidak akan melepaskan kuasanya secara aman (contoh: Peristiwa 13 Mei 1969, Operasi Lalang 1987 dan Reformasi 1998). Begitu juga dengan peralihan kuasa di negara-negara dunia ketiga yang lain, tidak ada satu pun yang berlaku dengan aman.


Umumnya pemerintah (dalam konteks Malaysia , BN) akan sedaya upaya mempertahankan kekuasaan yang dimilikinya. Jadi, janganlah kita hendak bermimpi bahawa peralihan kuasa akan berlaku secara aman.


BN khususnya UMNO akan menggunakan apa sahaja cara termasuk kekerasan untuk terus mempertahankan kuasanya (jangan kita lupa pengalaman reformasi 1998 di mana ratusan rakyat dikasari, dipukuli, dipenjarakan dan beberapa pimpinan pembangkang diISAkan oleh kerajaan BN). Tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan sekali lagi.


Justeru itu,apakah peranan mahasiswa (Malaysia khususnya)?Adakah hanya mengambil "jalan tunggu dan lihat" sahaja?Apakah hanya ingin membiarkan pemimpin memanipulasikan rakyat mengikut acuan mereka sahaja?Adakah ingin melihat peristiwa bersejarah berulang kembali dan membiarkan mahasiswa terus dibelenggu dibawah cengkaman pemimpin yang terus menindas kredibilti dan kreativiti mahasiswa?Ayuh,kita mulakan langkah baru untuk mengubah negara yang kita cintai ini.Jangan biarkan status mahasiswa sebagai penentu jatuh bangun sebuah negara dihilangkan.


Ini adalah pandangan dari hamba yang menjadi pemerhati kancah politik Malaysia sekarang.Jika ada sebarang komen atau maklum balas dipersilakan..HBB!!



Saturday, September 13, 2008

BISIKAN HATIKU


ASSALAMUALAIKUM.....
Salam perjuangan dari hati hamba yang kerdil lagi hina disisi ALLAH S.W.T.Kesyukuran atas rahmat kurniaan ALLAH YANG MAHA AGUNG ke atas diri ini.Sudah sekian lama rasanya tidak menulis di laman blog ini.Mungkin kerana sifatku yang tidak suka ke CC atau faktor masa yang tidak mengizinkan diri ini untuk menulis. Setelah sekian lama ku berada dibumi CFS NILAI,ku merasakan agak sukar untuk meneruskan pengajian dan menjalankan tanggungjawabku sebagai hamba dan khalifah yang menegakkan AGAMA ALLAH YANG MAHA SUCI ini.Mungkin ALLAH sengaja hendak mengujiku dengan dugaanNYA.Aku juga dapat merasakan yang seakan diriku ini amat kerdil dan tidak layak untuk memegang tanggungjawab sebagai pemimpin di bumi ALLAH ini.Tetapi dengan dorongan dari sahabat-sahabat pimpinan,aku tetap gagahkan juga untuk terus berjuang demi menegakkan AGAMA ALLAH ini.Kadang-kadang aku berfikir, Apakah sumbangan aku selama 1 sem sebagai pimpinan di CFS??Apa yang sudah aku lakukan??Adakah ALLAH meredhai dengan apa yang telah aku lakukan selama ini??Persoalan ini selalu bermain di benak fikiranku.Sampaikan aku dah tak larat untuk berjuang dan ingin berhenti dari menjadi pimpinan.Tapi bila ku fikirkan balik kata-kata abang dan kakak ku di PUSAT & Mantan yang lepas,nak ke tak nak ALLAH dah takdirkan kita untuk menjadi pemimpin dan kita tak boleh melawan kehendak TUHAN YANG MAHA ADIL. Ku harapkan apa yang aku lakukan ini diredai ALLAH dan sentiasa ISTIQAMAH dalam perjuangan bersama-sama sahabat,abang dan kakak yang sentiasa bagi sokongan padaku.Ku amat berterima kasih pada mereka yang banyak bagi tunjuk ajar selama ini.Mungkin lepas ini aku perlu muhasabah diri dan bermujahadah agar aku terlepas dari seksaan ALLAH di akhirat kelak. Aku sebenarnya tak pandai sangat nak menulis..tapi tulis jela apa yang aku rasa nak tulis.. Maaf jika tulisan ini sukar untuk di fahami... HIDUP BIAR BERJASA!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!! Sekian,Wassalam...