Pada tanggal 17 September 2008 Pak Lah telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangkis gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim.Apakah dua perkara penting yang telah dilakukan oleh Pak Lah untuk mematikan atau ‘check-mate’ gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 16 September yang lepas.??
Pertama: Pengambilalihan portfolio kementerian pertahanan oleh Pak Lah sendiri. Jadi, sekarang, selain menjawat jawatan Perdana Menteri, Pak Lah juga ialah Menteri Pertahanan. Maknanya bidang kuasanya mencakup keseluruhan unit ketenteraan Malaysia . Para Jeneral utama di dalam Angkatan Tentera Malaysia sekarang adalah di bawah kuasa dan arahan Pak Lah.Posisi sebagai Menteri Pertahanan adalah suatu posisi yang sangat strategis khususnya di dalam suasana yang genting dan tidak menentu sekarang ini di mana UMNO sudah semakin hamper untuk ditumbangkan oleh gerakan peralihan kuasa yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim.
Kedua: Kenyataan Pak Lah bahawa Anwar Ibrahim adalah ancaman kepada kestabilan dan keamanan negara. Pak Lah juga turut menjelaskan bagaimana ekonomi negara yang sekarang ini diporak-perandakan oleh Anwar sehingga ramai pengurus dana luar tidak mahu melabur di Malaysia akibat dari suasana politik yang tidak menentu yang dicetuskan oleh Anwar.Begitu juga dengan tuduhan bahawa Anwar telah melakukan pembohongan terhadap rakyat Malaysia berhubung dengan janji peralihan kuasa pada 16 September yang lepas. Tindak-tanduk Anwar ini, menurut Pak Lah telah menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat jelata, mengganggu kestabilan ekonomi negara dan seterusnya mengancam keamanan dan keharmonian negara.
Apa yang Pak Lah lakukan ialah menyediakan suatu alasan awal untuk mendapatkan persetujuan rakyat serta memberi justifikasi bagi tindakan susulan yang bakal dilakukannya.
Pada pendapat saya,ada tiga tindakan yang mungkin Pak Lah akan lakukan untuk terus mempertahankan kuasa UMNO dan seterusnya menamatkan gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim.
Satu, tangkapan ISA ke atas Anwar Ibrahim dan pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Alasan untuk menagkap Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain telah pun disediakan oleh Pak Lah terlebih awal dalam kenyataannya bahawa Anwar mengancam keselamatan negara.
Dua, dengan portfolio barunya sebagai Menteri Pertahanan, Pak Lah mempunyai kuasa penuh untuk mengarahkan campurtangan tentera di dalam menyelesaikan konflik kekuasaan yang berlaku sekarang ini dengan mengistiharkan darurat. Apabila darurat diistiharkan, secara automatic parlimen digantung, pemerintahan sivilian digantu dengan pemerintahan ala Mageran (Majlis Gerakan Negara tahun 1969) dan yang terpenting sekali, gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar dipatahkan.
Tiga, tangkapan ISA secara borong dan peristiharan darurat dilakukan secara sekali gus.
Jadi, persoalan terpenting yang perlu kita bincangkan ialah apakah persediaan kita sebagai mahasiswa dan apa pula tindakan kita jika sekiranya perkara-perkara ini dilakukan oleh Pak Lah?
Inilah yang tidak dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh sehingga ke akar umbi. Tidak ada langsung sebarang usaha yang dibuat baik oleh parti politik pembangkang mahupun persatuan-persatuan masyarakat sivil dan mahasiswa untuk menyediakan rakyat akar umbi bangkit melawan jika sekiranya perkara-perkara tersebut dilakukan oleh Pak Lah. Setakat ini, kita semua menaruh harapan bahawa kuasa akan beralih tangan secara tenang, senang dan mudah daripada BN kepada Pakatan Rakyat.
Tetapi bukti-bukti impirikal telah pun menunjukkan bahawa BN, khususnya UMNO tidak akan melepaskan kuasanya secara aman (contoh: Peristiwa 13 Mei 1969, Operasi Lalang 1987 dan Reformasi 1998). Begitu juga dengan peralihan kuasa di negara-negara dunia ketiga yang lain, tidak ada satu pun yang berlaku dengan aman.
Umumnya pemerintah (dalam konteks Malaysia , BN) akan sedaya upaya mempertahankan kekuasaan yang dimilikinya. Jadi, janganlah kita hendak bermimpi bahawa peralihan kuasa akan berlaku secara aman.
BN khususnya UMNO akan menggunakan apa sahaja cara termasuk kekerasan untuk terus mempertahankan kuasanya (jangan kita lupa pengalaman reformasi 1998 di mana ratusan rakyat dikasari, dipukuli, dipenjarakan dan beberapa pimpinan pembangkang diISAkan oleh kerajaan BN). Tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan sekali lagi.
Justeru itu,apakah peranan mahasiswa (Malaysia khususnya)?Adakah hanya mengambil "jalan tunggu dan lihat" sahaja?Apakah hanya ingin membiarkan pemimpin memanipulasikan rakyat mengikut acuan mereka sahaja?Adakah ingin melihat peristiwa bersejarah berulang kembali dan membiarkan mahasiswa terus dibelenggu dibawah cengkaman pemimpin yang terus menindas kredibilti dan kreativiti mahasiswa?Ayuh,kita mulakan langkah baru untuk mengubah negara yang kita cintai ini.Jangan biarkan status mahasiswa sebagai penentu jatuh bangun sebuah negara dihilangkan.
Ini adalah pandangan dari hamba yang menjadi pemerhati kancah politik Malaysia sekarang.Jika ada sebarang komen atau maklum balas dipersilakan..HBB!!
6 comments:
salam..
tidak ramai yang mempunyai minat ke arah nie...
Pandangan yang dilontarkan ada benarnya..Tindakan pak lah dalam menukar portfolio dengan najib ada betulnya...
Jika kita lihat senario atau pergolakan yang berlaku di Thailand dan Malaysia ada persamaan.Cuma yang membezakan adalah rakyat malaysia masih waras dan mahukan keamanan..
Sebab itulah DSAI ingin melakukan rundingan dengan Pak Lah..Jika baca blog DSAI atau Siasah keluaran jumaat lepas halaman 3 DSAI ada menuntut a perkara:
1.BN xleh hlg ahli parlimen bersuara
2.Bn xleh guna akta Keselamatan dalam negeri kepada ahli parlimen yang nak join PR
3.BN tak boleh guna kuasa darurat
4.BN x bleh halang a.parlimen masuk parlimen
namun saya tidak dapat menjawab apakah tindakan kita memandangkan politik adalah satu arena yang sukar untuk diramal..segalanya mungkin adalah satu konspirasi yang dirancang
my sir told me politic is unpredictable..sometimes wejust need to wait n see...
waallahualam...
teruskan berkarya...
ok..tme ksh dgn komentar yg diberikan.sy hanya nk menyedarkan mahasiswa skrng yg hanya ske tggu dan lihat.ada kalanya kte perlu tggu dan lihat tp smpi ble??adakah ble kte dh ditindas dan negara kte ni huru hara disebabkan dek politik yg tak berkesudahan ni??
fikir2kanla ye..
you wrote about isa and the changes portfolio done by the pm, and deputy pm.As my fren told me it is not in our scope..memang mahasiswa patut amik tahu tapi bukan dalam ruang lingkup kita untuk take the action about permasalahan di atas..
we just need to study and learn in order to become a good leader in the future..cuma janganlah jadi mahasiswa yang takm enyumbangkan apa dan tak amik tau pasal negara..cubalah lakukan sesuatu yang boleh meningkatkan produktiviti negara...tgk,skrg sumer dok berbalah,rakyat sensara dek kerana permasalahan yang dilakukan oleh ahli politik.. read faisal tehrani punya blog...sometime we need to focus on something that is moreimportant which is our economy...
ok.btol 2.sy setuju ngn pndgn awk..sy tulis ni pon krn nk bg sume org pk tntg apa yg jd ngn negara kte ni..ini cme pndngn sy..hehehe..thnks coz bg komentar pd blog sy..sdkit sbyk dpt sy tau yg msih ada org yg prihatin ngn negara kita ni..
huhuhu...
Post a Comment