Saturday, September 13, 2008

BISIKAN HATIKU


ASSALAMUALAIKUM.....
Salam perjuangan dari hati hamba yang kerdil lagi hina disisi ALLAH S.W.T.Kesyukuran atas rahmat kurniaan ALLAH YANG MAHA AGUNG ke atas diri ini.Sudah sekian lama rasanya tidak menulis di laman blog ini.Mungkin kerana sifatku yang tidak suka ke CC atau faktor masa yang tidak mengizinkan diri ini untuk menulis. Setelah sekian lama ku berada dibumi CFS NILAI,ku merasakan agak sukar untuk meneruskan pengajian dan menjalankan tanggungjawabku sebagai hamba dan khalifah yang menegakkan AGAMA ALLAH YANG MAHA SUCI ini.Mungkin ALLAH sengaja hendak mengujiku dengan dugaanNYA.Aku juga dapat merasakan yang seakan diriku ini amat kerdil dan tidak layak untuk memegang tanggungjawab sebagai pemimpin di bumi ALLAH ini.Tetapi dengan dorongan dari sahabat-sahabat pimpinan,aku tetap gagahkan juga untuk terus berjuang demi menegakkan AGAMA ALLAH ini.Kadang-kadang aku berfikir, Apakah sumbangan aku selama 1 sem sebagai pimpinan di CFS??Apa yang sudah aku lakukan??Adakah ALLAH meredhai dengan apa yang telah aku lakukan selama ini??Persoalan ini selalu bermain di benak fikiranku.Sampaikan aku dah tak larat untuk berjuang dan ingin berhenti dari menjadi pimpinan.Tapi bila ku fikirkan balik kata-kata abang dan kakak ku di PUSAT & Mantan yang lepas,nak ke tak nak ALLAH dah takdirkan kita untuk menjadi pemimpin dan kita tak boleh melawan kehendak TUHAN YANG MAHA ADIL. Ku harapkan apa yang aku lakukan ini diredai ALLAH dan sentiasa ISTIQAMAH dalam perjuangan bersama-sama sahabat,abang dan kakak yang sentiasa bagi sokongan padaku.Ku amat berterima kasih pada mereka yang banyak bagi tunjuk ajar selama ini.Mungkin lepas ini aku perlu muhasabah diri dan bermujahadah agar aku terlepas dari seksaan ALLAH di akhirat kelak. Aku sebenarnya tak pandai sangat nak menulis..tapi tulis jela apa yang aku rasa nak tulis.. Maaf jika tulisan ini sukar untuk di fahami... HIDUP BIAR BERJASA!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!! Sekian,Wassalam...

1 comment:

Khairul Anwar Shazali said...

salam. Hanis, dunia ini fana, akhirat akan kekal jua. Sedar diri akan kelemahan dan kekurangan, tanda diri mencapai maksud muhasabah menuju kekamilan. Jangan kalah pada bisikan syaitan dan nafsumu yang bosan kerana hembusan syurga lebih meyakinkan.